Monday, September 6, 2010

Sajak : " Masihkah terluka.... "

" Masihkah terluka…. "

Masihkah terluka….
Menyimpan rasa dendam di hati,
Atau kerana parut masih ada,
Luka tak berdarah,
Namun sakitnya terasa, 
Ngilunya parah,
Membakar jiwa!

Masihkah terluka….
Membakar, marak menyala
Bilakah akan padam,
Tersirna suatu dendam,
Atau menunggu musim luruh,
Bertaburan gugurnya salji,
Ketika diselimut sepi!

Masihkah terluka….
Tiada lagi kata-kata kemaafan,
Memberi dan menerima,
Terlanjur sesuatu perbuatan,
Atau terlepas, terucap kata-kata
Sakitnya menusuk kalbu,
Seribu tahun menanggung malu!

Masihkah terluka….
Membawa, memikul beban duka
Sepanjang masa dan waktu,
Menanggung resah,
Mengalirkan air mata sengsara,
Kehidupan yang tidak menentu,
Sukar dan payah!

Bangun, bangkit semula….
Tabah dan berani.
Menapak dan berlari,
Kerana hidup adalah perjuangan,
Setiap ketika perjuangkan,
Peganglah erat, obor kepercayaan
Yakin, mencapai kejayaan!


Dicipta oleh:

Sjamsuri Hj.Abd.Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com
Tarikh: 6 September 2010.
Puisi No.191

No comments: