Saturday, August 21, 2010

Sajak : " Sensitiviti.... "

" Sensitiviti…. "

Sensitiviti….
Kadang-kala kita menjadi pelupa,
Kehadirannya, tanpa dipinta
Kerana terleka tutur-kata,
Reaksi dan perilaku,
Bagaikan terlupa diri,
Mengundang keaiban, rasa malu !

Sensitiviti….
Dalam tatasusila peradaban,
Pergaulan, persahabatan
Sosialisasi, interaksi
Pentingnya amat, dirasakan
Perlu ada rasa hormat menghormati,
Tidak mementingkan diri sendiri !

Sensitiviti….
Kita jaga sebaik mungkin,
Bagaikan emas dan permata,
Tinggi nilainya,
Mengundang rasa kasih,
Mengundang kemesraan,
Menjalin ikatan perpaduan !

Sensitiviti….
Perlu kita pupuk, semai
Sebatikannya dalam jiwa, minda
Kelak, hati dan jiwa
Tak resah bimbang, walang
Hidup bahagia, tenteram,aman damai
Gemilang dan cemerlang !

Sensitiviti….
Jangan kita, lupa terleka
Hadirnya dalam diri, makhluk Illahi
Bagaikan duri dan onak,
Sembilu menyusuk kaki,
Kelak dianpun terpadam, tak bercahaya
Mataharipun malu, terbit pagi !


Dicipta oleh:

Sjamsuri Hj.Abd.Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com
Tarikh: 19 Ogos 2010.
Puisi No. 181

No comments: