Tuesday, August 17, 2010

" Jika kita bertemu lagi…. " Bahagian 2

Jika kita bertemu lagi….
Alangkah riangnya hatiku,
Bertemu bagaikan saudara,
Terpisah lama,
Terubat rasa rindu,
Adik dan abang,
Kasih dan sayang !

Jika kita bertemu lagi….
Kita kukuhkan silaturrahim,
Eratkan persaudaraan,
Buang yang keroh,
Ambil yang jernih,
Sama-sama menyusun jari,
Maaf bermaafan !

Jika kita bertemu lagi….
Janganlah diam membisu,
Bersikap pura-pura,
Tidak mengenali, tidak tahu
Atau cuba melarikan diri,
Tabah dan tenanglah hadapi sengkita,
Hidup di dunia, sementara jua !

Jika kita bertemu lagi….
Lupakanlah kisah lama,
Peristiwa silam,
Bersama kita bermesra, bercanda
Bagaikan bersaudara,
Bagaikan sebuah keluarga,
Hormat menghormati !

Jika kita bertemu lagi….
Alhamdulillah, Ya Rabbana
Bersyukur akan limpah kurniaanNya,
Pada kedewasaan usia ini,
Bagaikan dedaun kering,
Membilang waktu dan hari,
Di perhentian sementara !


Dicipta oleh:

Sjamsuri Hj.Abd.Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com
Tarikh: 17 Ogos 2010.
Puisi No. 180

No comments: