Sunday, August 22, 2010

Sajak : " Mengapa.... "

" Mengapa…. "

Mengapa….
Dibunuh kejam saudaraku,
Zalimnya perilaku,
Kerana Islamkah agamanya,
Kerana Islamkah pegangannya,
Hidup tersiksa, dianiaya
Mengapa !

Mengapa….
Dibunuh kejam saudaraku,
Bagaikankan haiwan diperlakukan,
Tindakan, penindasan
Diperlakukan sesuka hati,
Ditembak mati anak, isteri, suami
Perlakuan berulangkali !

Mengapa….
Dibunuh kejam saudaraku,
Hatta di masjid, rumah beribadat
Wewenangnya tindakan,
Wewenangnya perlakuan,
Tanpa ada belas kasihan di hati,
Saudaraku diperlakukan sebegitu !

Mengapa….
Dibunuh kejam saudaraku,
Kerana berlainan pegangan agama,
Kerana Allah jua yang kami sembah,
Atau kerana ego dan sombong,
Membunuh sesama makhluk Illahi,
Dendam kesumat menguasai diri !

Mengapa….
Dibunuh kejam saudaraku,
Muslimin, muslimah diancam peluru
Hidup khuatir dan bimbang,
Anak, suami, isteri, bapa
Insan tersayang tak pulang-pulang,
Disiksa, menanggung derita !

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Limpah kurniaanMu ku pohon,
Lindungi saudaraku,
Muslimin dan Muslimah,
PadaMu jua kami berserah,
Ampunilah, lindungilah mereka
Tabah menghadapi musuhMu, Ya Allah !


Dicipta oleh:

Sjamsuri Hj.Abd.Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com
Tarikh: 22 Ogos 2010.
Puisi No. 184