Saturday, November 29, 2008

Lagu " Pop 60' an "

" Ayah bonda ku menunggu
Yang selalu aku rindu
Selaluku nanti masa
Bilakah dapat bersua…."


Seandainya anda sebaya usia dengan saya, pastinya akan menyedari dan mengingati bahawa bait-bait di atas adalah sebuah lagu lama. Lagu Pop 60'an dan penyanyi berkumpulan ini berasal dari Singapura. Dan saya adalah seorang penggemar lagu di tahun-tahun berkenaan.

Percaya atau tidak, hampir setiap hari sebelum berakhir waktu persekolahan saya dan beberapa orang rakan akan menyanyikan beberapa buah lagu. Tanpa rasa malu saya dan sahabat saya Harris, khususnya tanpa rasa segan akan menyahut cabaran guru.

Yang menghairankan saya sehingga kini bahawa saya adalah seorang yang pemalu dan pendiam. Keberanian kami mengalahkan pelajar-pelajar perempuan…. Bersyair dan berpantun di dalam kelas sudah menjadi perkara biasa kepada kami… And I didn't know why !!

Namun, segalanya tinggal kenangan kini…. Apa yang pasti bakat tersebut telah saya suburkan kepada bekas pelajar-pelajar saya.

And if you're one of them…… can you still remember me !!

Ditulis oleh,

Sjamsuri Abd. Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com

No comments: