Wednesday, November 26, 2008

Airee, pelajarku..!!

14 November 2008, hari Jumaat adalah hari persekolahan terakhir tiga orang pelajar saya di Kelas Masalah Pembelajaran. Mereka ialah Airee, Shahril dan Siti Nurul Norsyahirah. Mereka telah bersama dengan saya sejak lima tahun yang lalu.

Airee dan Siti Nurul Norsyahierah adalah dua orang pelajar disleksia. Manakala Shahril pula pelajar Slow Learner. Ketika datang ke kelas saya dulu, apabila disuruh membaca, Airee pastinya akan berpeluh-peluh. Dan pastinya menjadi bahan gurauan saya…." Hai, belum apa-apa dah berpeluh Airee….!!"

Ketika di Pulau Pinang, semasa mewakili pasukan Negeri Sembilan dalam program MTAQ, beliau mengambil bahagian dalam bahagian bercerita. Oleh kerana gilirannya agak lambat, suasana dan keadaan hotel di mana pertandingan diadakan agak panas dan kurang selesa, Airee mula resah…

" Cikgu, boleh tak saya tak ambil bahagian? " Hm…what should I do?
" Apa nak takutkan Airee, buatlah macam biasa.. " Saya mententeramkannya.

Ketika waktu rehat saya mengambil kesempatan dengan menyuruh Airee berlatih bercerita di tempat pertandingan sebenarnya. Di situ tidak tidak ada peserta-peserta lain kecuali saya dan pelajar-pelajar saya.

Airee, Airee…. Kini ia seorang pelajar yang berkeyakinan, aktif dan serba boleh. Ia boleh membaca dengan baik. Tahap Matematiknya sungguh baik.. May be much better than some of the normal students!!

Airee, Airee…. I can still remembered my last day at school, a boarding school in Perak.

No comments: