" Rahmat…. "
Rahmat….
KurniaanMu Illahi,
Indahnya menawan kalbu,
Menusuk jiwa;
Bersyukurku akan Rabbani,
Bersinar , bercahaya
PetunjukMu ke alam bahagia !
Rahmat….
KurniaanMu Illahi,
Bagaikan batu permata,
Dipandang mulia;
Bersikap lalai atau terleka,
Angkuh dan sombong,
Dimurkai Allah, hidupku murung !
Rahmat….
KurniaanMu Illahi,
Sesejuk salju terasa,
Bersihnya seputih kapas;
Hati dan jiwaku tenang,
PemberianMu , Yang Terpuji
Kekal abadilah sentiasa !
Rahmat….
KurniaanMu Illahi,
Inginku kasihi,
Membelainya dan mendakap mesra;
Akan kukucup selalu,
Menghilangkan dahaga,
Memupuk rindu !
Rahmat….
KurniaanMu Illahi,
Hadirlah selalu disisiku,
Ketika suka dan duka;
Peringatanku akan kasihMu, Ya Rabbi
Tidak aku terumbang-ambing,
Bagaikan malam, gelap-gelita !
Dicipta oleh:
Sjamsuri Hj.Abd.Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com
Tarikh: 16 Ogos 2010.
Puisi No.178
Monday, August 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment