" Kucuba menghampiri…. "
Kucuba menghampiri….
Mendekati, mengenali dirimu
Tak terdaya, tak termampu
Aku bergerak, kau melangkah
Aku mengejar, kau berlari
Bagaikan suatu ilusi,
Bayang-bayang sendiri !
Kucuba menghampiri….
Menyayangi, membelai manjamu
Persis nya seorang kekasih,
Tapi jinaknya seperti merpati,
Siksanya aku menunggu, menanti
Diri dibeban rasa rindu,
Keluh-kesah di hati !
Kucuba menghampiri….
Hilangkan resah-gelisah, rasa rindu
Tidak mahu lagi diulit mimpi,
Atau bertepuk sebelah tangan,
Kelak diriku kecewa dan hampa
Tidak ceria, senyum gembira
Asyik diselimuti angan-angan !
Kucuba menghampiri….
Mendakap erat kasih dan sayang
Ingin menggapai angan-angan,
Kekasih, kupujuk dirimu
Hati terpikat, jiwaku merindu
Bagaikan pungguk rindukan bulan,
Berlagu hiba, di pohon tinggi !
Kucuba menghampiri….
Bersamamu kekasih,
Tanpamu di sisiku, di sini
Bagaikan tiada sinar, tak bercahaya
Seperti mentari menghampiri senja,
Langit semakin pudar dan kelam,
Diri kesunyian di rimba malam !
Dicipta oleh :
Sjamsuri Hj.Abd.Razak
esdije@ymail.com
http://mekarnyabunga.blogspot.com
Tarikh: 21 Ogos 2010.
Puisi No.182
Saturday, August 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment